hari sabtu. aku berjalan dengan ibu & ayah.
mula2 pegi sekolah padang temu. amik cable camera.
pastu kiteorang terus pegi rumah pakcik yusof.
kat taman melaka baru. dekat dengan umah anis.
pakcik ni dari muar. kawan lama ayah dulu.
dia ni askar pencen. suke pegi laut. gile laut dia ni.
so.bila askar dah bertemu dengan ayahku,
ceritanye makin panjang.
dia cerita pasal experience dia kat laut.
dah makan mase 1 jam setengah.
pastu cerita pasal anak dia lagi.
pehh..aku dengan ibu dah plan nak
pegi kedai tudung, carik tudung.
tengok jam dah pukul 6.40 ptg.
pehh..aku bebulu gak laa...
dah abis cerita sume tu..
cerita pasal bisnes lak. kejap je...
tak sampai 2 minit pon cakap pasal bisnes !
pakcik yusuf ni amik order wat cam katering la.
kakak aku nak tunang bulan jun ni.. nak wat makan2
sikit, so bile 'sikit' tu (dalam versi ibu ku)
dalam 100+ orang yang akan datang.
tu yang jumpe pakcik ni.
dah settle. seriously. tak sampai 5 min pon cakap pasal
bisnes. yang selebihnye 2 jam tu cerita pasal kat laut,
pasal kapal, anak dia, dan lain2 lagi. huh !
aku pun balik dengan rasa hampa, tak dapat
pegi kedai tudung. haha.
malam lepas isyak baru pegi..
ibu nak pegi giant. ok jela..aku ikot..
yang nak beli nye ibu..bukan aku. haha.
sekarang ade pesen cam ni lak kan..cam tali..
lepas selesai beli 4 tudung, kiteorang pun balik ~
singgah 7e paw ibu rm5, beli topup..
itu saje aktiviti bosan aku
hari sabtu yang lepas..