.... sambil baring di depan pintu voir, jejaka tersebut berkata,"takpe.saye terima awk seadanya." si gadis gembira tetapi mengalirkan air mata lalu mengucapkan 'alhamdulillah, die terime aku." di dalam hati. hari demi hari, cinta mereka mekar bagaikan bunga. satu demi satu dugaan yang di hadapinya, cinta mereka tetap kukuh bagaikan empangan. setiap hari berjumpa sebagai tanda kasih sayang. sebelum melelapkan mata, si jejaka mesti mengirim pesanan untuk mengucapkan selamat malam dan kata kata cinta. pesanan pesanan tersebut di semat dalam hati si gadis, makin kembang bunga cintanya terhadap si jejaka walau ada salah dan silapnya, si gadis tetap menyintai dan menyayangi si jejaka itu.
setiap kesalahan si gadis lakukan, si jejaka tetap memaafkannya, memberikan ciuman di dahi menunjukkan tanda sayang. 'i hope this love would lasts forever' selalu di sebut dalam hati kecil si gadis. si gadis banyak melakukan kesalahan, mempunyai banyak titik hitam dalam episod hidupnya berbanding dari kisah kehidupan si jejaka. si gadis takut di tinggalkan oleh si jejaka kerana kekurangan nilai dirinya. tetapi si gadis sering menguatkan semangat dengan kata kata seperti 'everyone make mistakes and deserve a second chance'. si jejaka tersebut juga selalu mengatakan bahawa dia takkan tinggalkan si gadis.
si gadis bahagia disisi jejakanya. kenangan pahit manis dilalui oleh mereka dapat di harungi dengan tabah.tetapi si gadis dapat merasakan jejakanya berubah. kata katanya tidak lagi semanis dulu, cara membelainya mula kasar.tetapi si gadis tidak mengendahkannya. apa yang penting cinta yang di curahkannya ikhlas sepenuh hati dan cinta yang di terima juga seikhlas yang di beri.
kebahagiaanya di cabar oleh berjuta halangan. si gadis mula risau dan mengatakan bahawa dirinya tidak sempurna dan tidak layak menerima kasih sayang suci si jejaka. satu demi satu kesilapan masa silam si gadis di ungkit, di cela, si gadis menitikkan air matanya. dirinya di cela dan di hukum atas kesilapan masa lalunya. si gadis terpaksa redha dengan kata kata kekasih nya si jejaka tersebut. hatinya di robek,di guris oleh orang yang tercinta. 'sampai hati dia sanggup buat aku macam ni'. kata si gadis di dalam hati. si gadis menyintai si jejaka sepenuh hati, tetapi cinta sahaja tidak cukup bagi seorang lelaki. si gadis terpaksa akur.
' maaf kerana tidak sempurna '
sambungan . . .
hampir setiap hari si gadis menangis. "sudah la.nak buat macam mana lagi, tak akan ada orang pun yang akan terima bahawa aku akan berubah. takkan ada orang pun akan menerima diri aku kerana kesilapan masa lalu aku.walaupun orang yang aku sayang." titisan air mata si gadis gugur di pipinya. si gadis mula penat menyabar dan tak lagi peduli akan sikapnya. kelakuan si gadis mula berubah. dia tidak lagi seceria & penyabar seperti dulu. si gadis mula marah melulu & cemburu buta.
"kenapa awak berubah?" si jejaka mula menanya dengan kepelikan. si gadis hanya diam & melupakan soalan yang ditujukan, lalu mengubah tajuk perbualannya. sejak kelakuan si gadis berubah, hubungan mereka juga berubah. hubungan yang mekar subur kini mula layu, yang dulu ceria kini menjadi suram. si jejaka mula mengelakkan diri dari si gadis & memberi pelbagai alasan untuk berjumpa. dulu, lautan api sanggup merenangi, gunung berapi sanggup di lintasi tapi kini beribu alasan diberi. hati kecil si gadis di guris oleh perlakuan orang yang tersayang sendiri.
si gadis mula merasa murung dan tidak ceria, tidak mempunyai tempat untuk mengadu, tidak ada tempat untuk bergurau senda.
sambungan . . .
si gadis kini berasa pelik dengan kelakuan si jejakanya, lalu merasa tidak sedap hati. dirinya tak dihargai seperti dulu, tak disayangi, tak didamba oleh kekasihnya. si gadis mula mensyaki bahawa kekasihnya mempunyai keksaih lain. setiap kali berjumpa si gadis mula memeriksa telefon bimbit jejaka itu, dari 'call register', mesej hingga ke gambar dan lagu. begitu teliti si gadis memeriksa, tetapi gagal untuk menemui apa apa yang janggal.
pada satu hari, mereka berdua keluar bersama untuk menonton wayang. tiba-tiba telefon bimbit si jejaka berbunyi. si gadis menjeling dan nampak mesej yang diterima nya. 'kalau kau rindu kat aku kau dgr lagu ni ...' si gadis mula panas dan merampas telefon bimbitnya. si gadis baca beberapa kali dan melihat nombor telefon yang tertera di mesej tersebut. si gadis kehilangan mood untuk menonton wayang, tetapi dia masih melihat kehadapan tanpa bercakap atau memberi sebarang reaksi.
setelah selesai wayang tersebut, si gadis jalan dengan laju tanpa memikirkan si jejaka di belakang. si jejaka cuba memberi pelbagai alasan kepada si gadis tetapi si gadis tidak menghiraukannya. si jejaka meminta maaf lalu membuang mesej tersebut. si gadis mula menanya mengapa kekasihnya membuat bergitu, membuang mesej tersebut. lalu suruh kekasihnya membalas mesej tersebut. 'jgn cari aku lagi.aku tak hingin kat kau lagi.' itu mesej yg si gadis suruh untuk kekasihnya balas. tetapi si jejaka itu berat untuk menghantar mesej tersebut. si gadis mula merasa curiga dan mendesak kekasihnya untuk menghantar mesej tersebut.
sepatutnya hari tersebut mereka keluar untuk menyambut hari ulangtahun yang pertama, tetapi berakhir dengan luka yang dalam bagi si gadis.
hari demi hari, si gadis tidak diendahkan. tidak dihargai dan disisihkan oleh kekasihnya sendiri.
sambungan...
sudah berminggu si gadis disishkan oleh kekasihnya. si gadis mula rasa keseorangan. mesej yang dibalas oleh kekasihnya kini semakin dingin dan semakin tidak ceria seperti dulu. si gadis mula mengambil langkah berani lalu menanya kekasihnya mengapa keksihnya berubah perangai lalu menyisihkan dirinya. 'saya mahu bebas' itu jawapan kekasih hatinya. 'do you want to leave me? tapi awak serba salah right?' soalan itu di tanya bertubi tubi. lalu kekasihnya mengaku. air mata si gadis bercucuran. hatinya hancur berderai. dadanya berasa berat untuk bernafas.
si gadis ditinggalkan oleh kekasih hatinya. kekasih yang dia cintakan sepenuh hati, jiwa dan raganya.
si gadis tidak dapat menerima keputusan jejaka tersebut. si gadis mengambil keputusan untuk menunggu kekasihnya balik ke pangkuannya.